Sedia maklum, wanita asal dari Indonesia, Mondy telah membuat laporan polis dengan bantuan penyanyi rap, Caprice mengenai gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pendakwah, Ebit Lew.
Tidak berdiam diri, selang beberapa hari, Ebit turut membuat laporan penafian mengenai dakwaan itu berserta laporan fitnah di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Laporan fitnah dilakukan susulan pendakwah itu telah difitnah dalam satu program bual bicara (podcast) yang dikendalikan oleh Caprice.
View this post on Instagram
Hal ini mendapat perhatian netizen dan keberadaan Caprice yang turut terlibat dalam kes ini mendatangkan pelbagai reaksi serta kritikan daripada orang ramai.
Melihat daripada reaksi netizen, ada sesetengah yang merasakan penyanyi rap itu terlalu sibuk uruskan masalah orang lain yang sama sekali tiada kaitan dengan dirinya.
Malah, ada mendakwa Caprice yang membuatkan kes ini berleluasa dan menjadi ‘batu api’ dalam hal ini.
The post “Pala Botak Terpaling Batu Api!” – Netizen Mohon Caprice Jangan ‘Semak’ Dengan Isu Ebit Lew & Mondy first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments