#Hiburan: Digosip Sudah Bertunang, Nabila Razali Akhirnya Bersuara – “Cincin Ini Hanya Aksesori, Tak Perlu Dipersoal”

Sebelum ini, timbul spekulasi dakwaan bahawa penyanyi Nabila Razali telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.

nabila razali
3 weeks ago

Nabila Razali Bertunang Dengan 'Businessman', Bakal Bernikah Tahun Depan

Advertisement

Tidak lagi berdiam diri, Nabila Razali akhirnya menjawab tentang spekulasi itu namun berkata dia enggan berkongsi hal peribadi.

Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, ia bagi menghormati kedua-dua belah pihak dan memaklumkan akan berkongsi apabila sudah bersedia.

Harap semua dapat hormati privasi saya. Jika ada berita baik nanti, saya akan kongsikan.

nabila tunang

Pelantun lagi Pematah Hati itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin untuk mengetahui perkembangan dirinya.

Apabila ditanya tentang cincin yang dipakai di jari, Nabila menjelaskan ia hanyalah sekadar aksesori yang mahu digayakannya.

Memang saya suka aksesori di mana kadang-kadang saya pakai pada jari berbeza. Bagi saya itu aksesori yang tidak perlu dipersoalkan.

nabila razali

The post Digosip Sudah Bertunang, Nabila Razali Akhirnya Bersuara – “Cincin Ini Hanya Aksesori, Tak Perlu Dipersoal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments