Nampaknya cerita tentang perkahwinan Imran Aqil dan pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal masih belum habis diceritakan warganet di media sosial.
Namun, ramai yang dah mula muak dengan sesetengah warganet kerana dikatakan terlalu ‘taksub’ dan terlampau beria-ia mengidolakan pasangan itu.
Terbaru, menerusi Twitter ada yang menyampah tetapi kali ini bukan kerana wedding pasangan itu tetapi disebabkan oleh doa yang diamalkan Imran sebelum menikahi Dahlia.
Difahamkan, doa itu dikongsikan Dahlia di media sosial dan beberapa individu memuat naik semula dengan memuji apa yang dilakukan Imran.
Malah, ramai yang berharap lelaki lain berbuat perkara yang sama macam Imran dan seolah-olah suami Dahlia itu seperti sudah menjadi ‘benchmark’ pula.
Bagaimanapun, menerusi Twitter ramai mula mengkritik perangai sesetengah peminat pasangan ini yang masih belum move on daripada perkahwinan tersebut.
Ramai yang asyik memuji Imran dan mahu teman lelaki mereka melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukannya terhadap Dahlia.
Ramai perempuan harapkan dapat suami macam Imran, tapi diri sendiri tak macam Dahlia.
The post “Apa Beria Sangat Ni? Penjilat Ke?” – Warganet Menyampah Dengan Wanita ‘Taksub’ Nak Suami Macam Imran Aqil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments