Adibah yang merupakan bekas madu pelakon, Miera Liyana berkata dirinya sudah tidak menerima nafkah dalam jumlah yang penuh iaitu RM15,000 daripada bekas suami, Rosland Othman sejak September 2021 lagi.
Menurut Adibah, bekas suami hanya memberi nafkah penuh selama 8 bulan saja selepas berkahwin dengan aktres muda, Miera Liyana pada Julai 2020.
Mula tidak balik, duit pun dia tak bagi..
View this post on Instagram
Namun begitu, wanita terbabit juga berkata Rosland masih memberi perbelanjaan sekiranya diminta oleh anak-anak selain membayar bil termasuk ansuran rumah, kereta, elektrik, air dan sebagainya.
Terima kasih untuk itu Rosland, cumanya duit poket dia tak bagi. Tak dapat nak pergi klinik gigi, rawatan muka, isi minyak.
Dalam pada itu, Adibah sebagai defendan kes yang sedang berlaku ini memberitahu pihak mahkamah kereta mewah yang diberi oleh plaintif (Rosland) sebelum ini juga ditarik semula dan digantikan dengan kereta lebih lama.
Sekadar info, Rosland memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Adibah selepas mendakwa wanita tersebut melanggar arahan yang diperintah untuk keluar dari rumah pada 24 September 2021.
The post “Mula Tidak Balik, Duit Pun Tak Bagi” – Bekas Madu Miera Liyana Tak Terima Nafkah Penuh RM15K Sejak 2021 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments