Meskipun sering dikecam sesetengah netizen gara-gara kelantangannya menjual barangan vendor sebelum membenarkan pelanggan membeli kuih crepe jualannya, usahawan Kieda Crepe dilihat ada berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampuan.
Kekal tenang berniaga, Kieda nampaknya menuai pujian daripada orang ramai di atas tindakan murni yang dilakukannya.
Pengusaha makanan ringan dan bakeri itu difahamkan telah mengagihkan barang keperluan seperti beras, susu formula, lampin, sardin tin dan biskut kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
Dalam pada itu, Kieda memohon doa orang ramai agar dia dilimpahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang kurang berkemampuan serta mendoakan bapanya yang telah meninggal dunia.
Doa kieda mewah rezeki , abah tenang di tempat yang sepatutnya abah ada dan kieda jadi manusia yang sentiasa bagi manfaat dekat orang lain lagi.
Manakala dalam satu hantaran lain, Kieda memaklumkan bahawa dia bukan berniat untuk berlumba-lumba membuka aib orang lain sebaliknya menjadi manusia yang kerap memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Jadi manusia yang sibukkan diri bagi manfaat untuk orang lain, bukan berlumba-lumba cari buruk dan buka aib orang.
Terima kasih Allah izinkan Kieda untuk rasa momen ‘kita jaga kita’. Allah uji kerana Allah sayang. Allah beri kerana Allah mahu mendidik kita untuk berkongsi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Kekal Tenang Meskipun Dikecam, Kieda Crepe Agihkan Beras & Barangan Asas Kepada Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments