Aktor Syafiq Kyle memaklumkan sudah menyelesaikan isu pembatalan perkahwinannya dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara dua keluarga.
Tambah pelakon berusia 31 tahun itu lagi, perkara ini tidak perlu diceritakan kepada umum dengan lebih terperinci selain berharap ia tidak dibangkitkan lagi.
Saya mengambil pendekatan untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah selesai secara baik antara kami. Saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut, harap tiada lagi ‘follow up’ selepas ini.
Jelasnya lagi, dia kini mahu fokus pada karier dan keluarganya yang menjadi tulang belakang namun berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat.
Buat masa sekarang biarlah kami ambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada keluarga dan karier.
Ditanya tentang khabar angin yang mengatakan bahawa perkahwinannya bersama Mimi Lana dibatalkan disebabkan dirinya, Syafiq menjawab,
Maaf, soalan lain.
The post “Maaf, Soalan Lain” – Syafiq Kyle Enggan Jawab Majlis Kahwin Batal, Harap Tiada Yang Bertanya Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments