Kecoh semalam di media sosial apabila pasangan selebriti Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz ada memuat naik video beraksi mesra dalam tab mandi sehingga menimbulkan kecaman warga maya.
Gara-gara video tersebut, pendakwah dan juga pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff tampil memberikan ulasan dan juga nasihat kepada pihak terlibat.
Kata Izhar, pasangan suami isteri mestilah menjaga batasan meskipun sudah ‘halal’ terutama di khalayak awam.
Hubungan suami isteri perlu dibatasi di hadapan khalayak ramai. Tak sesuai untuk melakukan adegan-adegan 18sx ke atas sehingga ia menampakkan akhlak yang tidak baik dalam kalangan kita sebagai umat Islam.
Tunjuk isteri tak tutup aurat, seksi dan sebagainya. Suami juga tunjuk contoh yang tidak baik apabila kita berada di tempat yang boleh timbul fitnah, keraguan dan perbincangan dalam kalangan masyarakat.
Beliau dalam pada itu juga menasihatkan agar orang ramai mencari rezeki yang halal tanpa menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim dan juga ibu bapa kepada anak-anak seperti mana yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Izhar dalam pada itu mengulas mengenai video yang dimuat naik Fasha dan Aidil dan memohon agar lebih cakna dan memikir kesan jangka panjang terutama terhadap anak-anak kerana kandungan yang dikongsikan di media sosial akan kekal berada di internet.
@beautifulnara Wah sweetnya pasangan ni tapi… #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #fashasandha #aidilziz
“Sudah pasti video itu akan ada dalam laman sosial selamanya. Sudah pasti bila anak-anak dah membesar, mereka tengok ibu bapa mereka menayangkan hubungan intim sekali dalam tab mandi sehingga timbul fitnah di masa depan” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kerja Jangan Sampai Jatuhkan Maruah” – Ustaz Izhar Ariff Ulas Isu ‘Rendaman Cinta’ Fasha Sandha Dan Aidil Aziz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments