#Hiburan: Isteri Sarat Hamil Sanggup Tolong Suami, Pasangan Muda Berniaga Dari Pagi Sampai Tengah Malam Undang Sebak

Perkongsian seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Bosmel oleh pengikutnya tular dan mengundang sebak ramai warganet.

Video itu memaparkan pasangan suami isteri bekerja keras berniaga roti canai pada waktu malam dan wanita tersebut kini sedang mengandung.

Advertisement

Menerusi video itu, si suami dilihat sibuk menyiapkan roti yang dipesan pelanggan manakala isterinya pula membantu membungkus dan menerima bayaran.

Kata lelaki itu, dia sudah agak lama mencari namun sukar untuk mendapatkan pekerja jadi isterinya yang hamil itulah membantu pada waktu malam.

Bosmel itu turut belanja beberapa pelanggan yang memesan roti canai di food truck berkenaan serta tidak mengambil baki wang miliknya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna TikTok dan rata-ratanya memuji pasangan tersebut kerana bekerja keras meskipun usia masih muda.

Difahamkan, pasangan itu baru berusia 20 dan 21 tahun dan sesetengah daripada mereka sebak memikirkan bagaimana penatnya mereka mencari rezeki.

Tutup pukul 11.30, nak kemas kemas lagi. Nanti pukul 4 nak keluar lagi. Semoga berjaya dik, murah rezeki selalu.

comment

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nasi bonet lejen
1 month ago

(VIDEO) Nasi Campur Bonet RM5 Pelbagai Lauk, Ramai Tak Tergamak Nak Bayar - "Murah Rezeki Pakcik"

The post Isteri Sarat Hamil Sanggup Tolong Suami, Pasangan Muda Berniaga Dari Pagi Sampai Tengah Malam Undang Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments