#Hiburan: “Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Dia Masuk GV10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini” – Shuib

Pelawak dan usahawan, Shuib berkata jika arwah isterinya, Siti Sarah masih hidup, pasti allahyarham akan masuk bertanding di Gegar Vaganza musim ke-10 kerana isterinya itu memang suka menyanyi.

Kata Shuib, Siti Sarah pernah menyertai Gegar Vaganza musim ke-3 dan sangat gembira ketika diberitahu layak untuk bertanding dalam program itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Kalau arwah Sarah masih ada, pasti dia nak masuk bertanding di GV10. Saya tahu memang dia akan nak masuk bertanding. Sebab dia suka menyanyi.

Macam masa musim dia bertanding GV3, kita nampak betapa gembiranya dia bila mana waktu itu kita buat kejutan di radio bagitahu dia salah seorang peserta yang layak. Dia memang sangat teruja waktu tu.

Ujarnya lagi, Siti Sarah amat mementingkan kesempurnaan dan kuat kerja selain pasti isterinya itu akan memberi 200% komitmen jika bertanding.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Itulah dia. Nampak juga GV10 baru-baru ini. Saya tahu arwah sangat ‘looking forward’ untuk musim istimewa ini sewaktu masih hidup. Mungkin dia sedang menyanyi di pentas yang lebih besar sekarang ini.

Mengimbas kembali, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz akibat melawan jangkitan COVID-19 pada tahun 2021 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gambar hiasan
6 hours ago

Pelakon Wanita Popular Berstatus Isteri Orang Kini Diintai Jutawan Duda?

The post “Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Dia Masuk GV10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini” – Shuib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments