#Hiburan: Kolaborasi Paling Dinanti McD X NewJeans. Bukan Hanya Burger, Untuk Waktu Terhad Ada Wrap Ayam Rangup Pedas Tau!

“Dengar nama NewJeans, auto rasa nak menari”

Kolaborasi yang dinanti oleh peminat kpop, McD x NewJeans kini dah tiba!

Advertisement

Excitednya!!!

Hari tu, meriah kami tengok di media sosial peminat mahukan McD x NewJeans masuk pasaran Malaysia. Nampaknya tercapailah impian peminat semua.

Sempena kolaborasi McD x NewJeans kali ini, anda boleh dapat pembungkus makanan yang comel (ada gambar bunny) bila membuat pembelian untuk sebarang hidangan McD yang ditawarkan.

Kalau nak cawan comel McD x NewJeans pula, anda hanya perlu beli sebarang hidangan Medium McValue.

Tapi ada satu lagi yang istimewa. Sempena kolaborasi ni, McD turut menawarkan hidangan EDISI TERHAD iaitu Wrap Ayam Pedas Rangup.

Nikmati Hidangan EDISI TERHAD Wrap Ayam Pedas Rangup!

Untuk waktu yang terhad McD memperkenalkan Wrap Ayam Rangup Pedas, berbeza dengan burger, hidangan wrap ini dibalut sempurna dengan kepingan ayam pedas rangup, hash browns, tomato, sayuran segar dan paling penting sos garlic pedas.

Peminat burger McD pastinya tau keenakan Burger Ayam Rangup Pedas ni kan? Mana tidaknya, rasa kepingan ayam pedas rangup diapit bersama bun empuk, sos garlic pedas dan sayuran segar pastinya membangkitkan deria rasa, sampai buat anda rasa nak menari!

Nak buat hidangan anda lebih lengkap? Jadikan ia set bersama minuman Fanta Strawberry yang menyegarkan dan upgrade kentang goreng anda kepada Seaweed McShaker.

Lepas makan mestilah nak sesuatu yang manis kan? Haa… Anda boleh je pesan Chocolate Pie atau Strawberry Choco McFlurry. Mana yang tak tahan pedas tapi suka makan pedas tu pun, boleh order dua dessert ni untuk standby apabila anda menikmati Burger Ayam Rangup Pedas atau Wrap.

Kolaborasi terhangat McD x NewJeans kini di Malaysia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

Sejak McDonald’s Korea mengumumkan kolaborasi bersama kumpulan Kpop popular NewJeans, Peminat seluruh dunia begitu teruja kerana kolaborasi ini menampilkan ikon arnab comel yang sangat sinonim dengan kumpulan NewJeans.

Tapi bukan itu saja, nak menang NewJeans Special Gift kolaborasi bersama McD?

Anda kena sertai McD x NewJeans #McDChickenDance. Kalau anda peminat NewJeans mesti hebat bab menari ni kan?

Nak sertai mudah je, ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Pergi ke video (Chicken Dance) @mcdonaldsmalaysia untuk mendapatkan audio Chicken Dance.

Langkah 2: Mulakan video dengan menggigit Burger Ayam Rangup Pedas atau Wrap.

Langkah 3: Lakukan Chicken Dance secara solo atau bersama rakan/ahli kumpulan.

Langkah 4: Muat naik video di Instagram (pastikan profil dalam mod umum), tag @mcdonaldsmalaysia dan #McDChickenDance

Jangan berlengah lagi, jom sertai #McDChickenDance dan korang berpeluang untuk menang NewJeans Special Gift.

#McDChickenDance ini berlangsung untuk waktu yang singkat bermula 9 September hingga 24 September 2023.

30x Pemenang akan dipilih secara mingguan untuk memenangi NewJeans Special Gift.

Nikmati Keenakan Spicy Crispy Chicken Burger/Wrap dengan NewJeans!

Anda dah bersedia untuk kolaborasi terhebat tahun ini? Set alarm anda untuk menu terbaru dari McD, Ayam Rangup Pedas Burger & Wrap yang datang bersama bungkusan makanan McD x NewJeans yang comel! Tunggu ape lagi, order kat McDelivery je.

Maklumat lanjut mengenai promosi dan produk terbaru McDonald’s Malaysia anda boleh layari laman web, Facebook dan Instagram mereka.

The post Kolaborasi Paling Dinanti McD X NewJeans. Bukan Hanya Burger, Untuk Waktu Terhad Ada Wrap Ayam Rangup Pedas Tau! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments