Sedia maklum, semalam tular berita mengenai perkahwinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bersama wanita pilihan hati, Qistina Lim yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.
Susulan itu, video ucapan Musa Hassan buat isteri tercinta tular selepas dirinya meluahkan rasa syukur Qistina diberi hidayah untuk memeluk agama Islam biarpun tempoh perkenalan singkat.
Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada kedua-dua keluarga kerana merestui hubungan mereka hingga selamat disatukan.
View this post on Instagram
Dapat dilihat, kedua-dua mempelai itu kelihatan cantik serta segak memakai baju serba putih ketika berada di atas pelamin.
Dalam pada menzahirkan rasa syukur, Musa Hassan tidak lupa untuk menasihati Qistina agar menjadi isteri yang taat pada suami.
Bahkan, Musa turut memohon maaf seandainya ada mana-mana individu terguris hati tidak dijemput hadir ke majlis perkahwinan itu.
The post Nasihat Qistina Lim Taat Pada Suami, Musa Hassan Bersyukur Isteri Sudi Peluk Agama Islam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments