#Hiburan: “Masa Macam Tak Sesuai, Tapi Semua Harus Diteruskan” – Memey Suhaiza

Pelakon dan personaliti media sosial, Memey Suhaiza meminta pengikutnya di TikTok semalam ketika dia bersiaran langsung untuk mendoakan urusan semua pihak dipermudahkan Allah S.W.T.

Ujar ibu tiri kepada Marissa Dania Hakim itu, dia mempunyai tanggungjawab untuk berniaga kerana terikat dengan tugas meskipun merasa saat kini seperti tidak sesuai untuk berbuat demikian.

Advertisement

Macam (masa) tak sesuai, tapi memandangkan saya ada perniagaan dan ada promosi yang sedang berlangsung, jadi semuanya harus diteruskan.

Jadi kita doakan yang terbaik untuk semua orang agar dipermudahkan.

Dalam siaran langsung TikTok itu, ada beberapa netizen tampil bertanyakan mengenai keadaan Marissa yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu.

“Marissa okay ke?” soal seorang netizen.

“Korang masuk live ni mesti nak tahu berita ni” tanya netizen yang lain.

@memeysuhaizaofficial_

Happy birthday @Marissa Dania ? ?? We love u sooo much.. Mama Abah, papa mummy akan selalu doakan yg terbaik untuk adik ? Mohon doakan yg baik2 juga ye utk dania…?? tq?

? Selamat Ulang Tahun – REMIXER SAKA

Terdahulu, nama Marissa Dania,18, menjadi tular di media sosial setelah seorang individu mendakwa perkahwinannya hancur musnah gara-gara kehadiran anak gadis itu sebagai orang ketiga.

Malah, Abby Abadi ada membuat kenyataan bahawa perkara itu ada terjadi namun menafikan sesetengah dakwaan yang dibuat individu tersebut di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman hakim
3 hours ago

"Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana-Mana Lelaki" - Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

Lelaki” – Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

The post “Masa Macam Tak Sesuai, Tapi Semua Harus Diteruskan” – Memey Suhaiza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments