Fauziah Sarman, bekas isteri ND Lala mendedahkan penyanyi itu pernah mengabaikan nafkah isteri dan keluarga bertahun-tahun kerana tidak bekerja.
Kata Fauziah menerusi Instagram, bekas suaminya perlu sedar bahawa kehidupan mereka sekeluarga selama ini adalah daripada hasil titik peluh anak yang tidak pernah berkira.
Dedahnya, sepanjang ND Lala tiada pekerjaan, keluarga mereka itu ditanggung oleh anak sulung mereka, Shila Amzah.
Tanyalah diri, berapa lama nafkah saya diabaikan? Cerminlah diri bertahun-tahun anda tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main gold berfoya-foya dengan isteri baru.
Tambah ibu kepada empat anak itu lagi, dia bersyukur kerana dilepaskan kerana sudah tidak tahan dengan penipuan ND Lala selama bertahun-tahun.
Fauziah atau mesra dipanggil Mamazie juga akui tidak akan menarik baik gelaran ‘penyondol’ terhadap isteri bekas suaminya, Siti Munirah seperti yang diminta penyanyi itu.
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan Tarik balik. Kalau bukan PENYONDOL Nak panggil apa ye?!
The post Fauziah Dedah Bertahun ND Lala Abai Nafkah, Shila Amzah Yang Tanggung Keluarga – “Sedarlah Diri, Semua Hasil Titik Peluk Anak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments