#Hiburan: “Kurang Ajar, Bodoh!” – Zainal Abidin Selar Peminat Fanatik Penyanyi Wanita Popular

Melalui laporan Harian Metro, penyanyi veteran, Zainal Abidin merasakan peminta artis zaman sekarang ini kurang ajar dan biadab jika meninggalkan komen di platform media sosial.

Kata Zainal, dia berasa kecewa apabila menerima beberapa komen pedas yang disifatkan sebagai hinaan.

Advertisement

Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Ramai antara mereka yang ‘post’ dulu baru fikir. Sepatutnya mereka fikir dulu baru ‘post’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Menurut penyanyi itu, dia terima seandainya peminat artis lain menegurnya dengan berhemah tetapi tidak, mereka lebih memilih untuk komen dengan memberi gelaran ‘pak cik tua nak mampus’ serta ‘kubur dah panggil’.

Susulan itu, Zainal berharap agar setiap pengguna media sosial, terutamanya peminat fanatik artis untuk beradab dan bijak menggunakan platform yang ada.

Sebelum ini, Zainal Abidin teruk dikecam oleh peminat-peminat fanatik seorang penyanyi wanita popular selepas menegur fesyen pelik yang keterlaluan sering dipakai oleh penyanyi terbabit.

zainal
3 weeks ago

"Nak Popular Sampai Naik Lori, Pakai Baju Pelik" - Zainal Abidin Sindir Siapa Tu?

The post “Kurang Ajar, Bodoh!” – Zainal Abidin Selar Peminat Fanatik Penyanyi Wanita Popular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments