Pendakwah dan pensohor media sosial, Ebit Lew menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa dia telah membuat satu laporan polis susulan kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew yang baru tiba dari Jeddah 12 malam dilaporkan berbuat demikian di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor.
Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (Arab Saudi) 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.
Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya.
Namun begitu, dia tidak menyatakan secara terperinci mengenai butiran laporan itu.
Terdahulu, penyanyi Caprice dan pensohor media sosial Indonesia bertatu, Mondy ada mendedahkan sikap sebenar pendakwah berkenaan menerusi satu podcast baru-baru ini.
Antara pendedahan kedua-dua ‘influencer’ itu adalah Ebit pernah melakukan gangguan seksual dan juga meminta Mondy untuk berlakon alim semata-mata untuk ‘content’ di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Fitnah-Fitnah Melampau” – Ebit Lew Balik Dari Jeddah Terus Buat Laporan Polis Susulan Untuk Bela Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments