Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani ada berkongsi foto aksi mesra bercumbu bersama isteri iaitu Mulan Jamela di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Ahmad Dhani juga ada menulis kata-kata romantis buat isterinya itu menerusi ruangan kapsyen.
Namun begitu, netizen Indonesia tampil mengecam aksi mesra tersebut kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara tersebut tidak sesuai dipamerkan kerana boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat.
Malah, ada yang mendakwa vokalis kumpulan muzik Dewa 19 itu hanya ingin mengaburi pandangan peminat di sebalik masalah rumah tangga yang dihadapi mereka.
Saya pernah lihat hantaran suami isteri mesra macam ni di media sosial tapi ternyata hubungan mera ada masalah besar.
Terdahulu, kisah curang Ahmad Dhani terhadap isteri pertamanya Maia pada tahun 2008 masih lagi diperkatakan sehingga kini apatah lagi dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bernikah dengan kawan bekas isteri (Mulan, isterinya kini) tidak salah sama sekali sehingga menyinggung perasaan peminat pada ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Didakwa Sekadar ‘Wayang’ Nak Tutup Masalah Rumah Tangga, Ahmad Dhani Kongsi Foto Cumbu Isteri Di Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments