#Hiburan: Zulin Aziz Umum Bakal Berpisah, Netizen Luah Rasa Terkejut – “Tunjuk Mesra, Jaga Perut Suami, Tup-Tup..”

Terdahulu, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai perpisahan rumah tangga selebriti iaitu pelakon, Zulin Aziz yang memberi bayangan sudah tidak lagi bersama suami, Farhan Norzaini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata tiada persefahaman menjadi punca perpisahan mereka.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 33 tahun itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan perkara baik untuk rumah tangga mereka untuk masa akan datang.

Mungkin ini ujian buat kami. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik dimasa depan dengan haluan masing-masing.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan berita perpisahan pasangan itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mempertikaikan keputusan mereka untuk berpisah memandangkan Zulin dan suami sering berkongsi kemesraan sebagai suami isteri di media sosial.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan pelakon drama Penjara Janji itu kerana dilihat pandai menjaga perut suami namun tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, ada segelintir peminat yang meminta netizen untuk tidak mempersoalkan keputusan Zulin dan suami sebaliknya mendoakan kebaikan untuk mereka sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zulin aziz bercerai
1 hari lalu

"Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami" - Bagi 'Hint' Tiada Persefahaman, Zulin Aziz Dah Bercerai?

The post Zulin Aziz Umum Bakal Berpisah, Netizen Luah Rasa Terkejut – “Tunjuk Mesra, Jaga Perut Suami, Tup-Tup..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments