#Hiburan: Ira Kazar Datang Beraya Rumah Mentua? Ini Jawapan Yusof Haslam

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila timbul spekulasi mengatakan isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah datang beraya ke rumah mentuanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Tampil menafikan spekulasi tersebut, Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa dia sekeluarga bersama keluarga besan iaitu ibu bapa kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana telah bercuti di Pulau Pinang sejak raya kedua.

Advertisement

Bagaimanapun, penerbit berusia 69 tahun itu berkata dia tidak terkejut dengan spekulasi dan berita palsu yang tersebar di media sosial itu.

Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita tu datang beraya sebab sepanjang ketiadaan kami, ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.

Bukan itu sahaja, Yusof turut memaklumkan bahawa mereka sekeluarga hanya beraya bersama menantu kesayangan, Sarah dan cucu pada pagi 1 Syawal tersebut.

Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia datang ke rumah kami.

Dalam pada itu, penerbit filem Gerak Khas itu berkata dia dan isteri, Datin Patimah Ismail enggan berharap lagi untuk menunggu kepulangan Syamsul bagi meraikan Aidilfitri bersama pada tahun ini.

Sebelum ni, ibu dia ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak dah dewasa dan ada keluarga sendiri.

Sekarang isteri saya tu dah tak nak berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin sebab tak nak rasa kecewa.

Namun, Yusof berkata mereka sentiasa terbuka untuk menanti kepulangan pengarah filem Mat Kilau itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ira kazar raya rumah mentua
4 hari lalu

"Kecoh Satu Banglo Yusof Haslam, Dia Tetiba Sampai!" - Ira Kazar Beraya Di Rumah Mentua?

The post Ira Kazar Datang Beraya Rumah Mentua? Ini Jawapan Yusof Haslam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments