#Hiburan: “Siapa Lagi Hot? I Ke Ira Kazar??” – Tulis Kapsyen Mengundang, Netizen Sarankan Fathia Latiff Jadi Isteri Ketiga

Pelakon sensasi, Fathia Latiff telah mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Fathia atau Nur Fathia Binti Abdul Latiff dilihat melakukan trend di aplikasi berkenaan dengan membuat lip sync menggunakan lagu Cintamu Sepahit Topi Miring.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen ialah apabila pelakon berusia 35 tahun itu sempat membandingkan kecantikan antara dirinya dengan isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar??

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah berseloroh mengatakan Fathia kelihatan sesuai untuk dijadikan isteri ketiga kepada pengarah filem Mat Kilau itu.

Bukan itu sahaja, ada segeintir peminat turut mengakui pelakon Menanti Februari itu lebih menawan daripada anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 jam lalu

"Saya Sedang Usaha Selamatkan Keluarga & Isteri" - Prosiding Farid & Diana Berjalan Lancar, Ada Sinar Pendamaian?

The post “Siapa Lagi Hot? I Ke Ira Kazar??” – Tulis Kapsyen Mengundang, Netizen Sarankan Fathia Latiff Jadi Isteri Ketiga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments