#Hiburan: “Menjaga Kamu Adalah…” – Ucapan Engku Emran Buat Engku Aleesya Buat Netizen Sebak

Siapa tidak kenal ahli perniagaan Engku Emran yang juga suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

Dia yang mula mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila berjaya menawan hati pelakon dan bekas ratu cantik Malaysia iaitu Erra Fazira.

Advertisement

Bernikah pada tahun 2007, mereka berdua kemudian dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Engku Aleesya dan pernikahan Erra dan Engku berakhir tujuh tahun kemudian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

Engku kemudian bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan turut berakhir dengan perceraian sebelum bersama isterinya kini.

Baru-baru ini, COO Suria FM itu ada mengirimkan pesanan berbaur sayang buat Engku Aleesya di Instagram miliknya.

Berlatarbelakangkan lagu sedih, hantaran tersebut ternyata meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Anak ayah yang tersayang, ketahuilah bahawa sentiasa berada dalam doa ayah. Terima kasih untuk kegembiraan selama 14 tahun ini. Semoga Aleesya membesar dengan lindungan dan rahmat dari Allah S.W.T.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan perkara yang sama terhadap anak dara Erra Fazira dan Engku Emran itu.

Adira Datin Red beraya bersama
3 jam lalu

Tujuh Tahun Menanti, Adira Suhaimi Dapat Cium Tangan Madu Di Hari Raya - "Tiada Hadiah Lebih Bermakna..."

 

The post “Menjaga Kamu Adalah…” – Ucapan Engku Emran Buat Engku Aleesya Buat Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments