Terdahulu, pelakon, Farid Kamil mendakwa masalah rumah tangga yang dialami bersama isterinya, Diana Danielle berpunca daripada kehadiran orang ketiga atau penyondol.
Farid atau Farid Kamil bin Zahari berkata, dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu namun apabila menuntut jawapan daripada isterinya mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta oleh Diana.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 42 tahun itu mendakwa dia juga mempunyai bukti bergambar mengenai orang ketiga wujud dalam rumah tangga mereka.
Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini.
Terkini, Farid bagaimanapun menarik semula kenyataan berkaitan kewujudan orang ketiga dan memohon maaf kepada Diana dan ibu mentuanya, Norsiah Ramli.
Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.
Menerusi hantaran di Insta Story, pelakon Lagenda Budak Setan itu turut memohon maaaf kerana mendedahkan mengenai kenyataan isterinya menghalau ibu mentua keluar dari rumah sejak tahun 2019.
Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).
Dalam pada itu, Farid juga berharap agar kekilafannya itu dimaafkan oleh pihak isterinya di bulan Ramadan yang mulia ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dengan Rendah Diri, Saya Mohon Maaf..” – Farid Kamil Tarik Semula Kenyataan Diana Danielle Ada Orang Ketiga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments