Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Syamsul Yusof tampil membuat penjelasan mengenai tindakan ‘u-turn’ untuk tidak menceraikan isterinya Puteri Sarah di mahkamah semalam.
Maklum pengarah itu, dia tidak melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah kerana isterinya telah menghantar syarat dan terma perceraian yang baharu.
Mendakwa ia bertentangan dengan apa yang dipersetujui sebelum ini, Syamsul menganggap kenyataan Puteri Sarah adalah suatu fitnah terhadap dirinya.
View this post on Instagram
Dia minta satu jumlah yang boleh saya katakan besar, ramai tak setuju dengan apa dia minta dengan harapan semuanya akan okay selain minta kes nusyuz berkaitan hubungannya dengan suami orang ditarik. Saya kata saya boleh tarik.
Saya juga minta untuk tarik kes isteri kedua saya iaitu Ira kerana tak perlu kita panjangkan hal ini, teruskan hidup dan berlapang dada. Kami memang dah capai kata sepakat.
Berikutan itu, dia akan melawan dakwaan Puteri Sarah bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka berdua.
Sekarang ni Puteri Sarah putar cerita yang menyatakan saya tukar perjanjian dan u-turn, dia yang menukar, itu cerita sebenarnya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul telah mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dengan beberapa syarat termasuklah mengenai nafkah anak mereka.
Namun, semalam media hiburan digemparkan dengan tindakan Syamsul yang masih lagi enggan menceraikan Sarah atas alasan tertentu sehingga menimbulkan kekecohan di mahkamah.
The post “Saya Minta Kes Ira Kaza Ditarik Balik, Dia Tak Nak, Fitnah Saya” – Syamsul Yusof Dakwa PS Putar Cerita, Tukar Perjanjian Perceraian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments