#Hiburan: Kongsi Gambar Raya Bersama Suami, Netizen Nasihatkan Zulin Aziz – “Lain Kali Gaduh Senyap-Senyap..”

Sebelum ini, pelakon, Zulin Aziz mengejutkan orang ramai selepas memuat naik hantaran di laman Instagram memaklumkan dia sudah tidak lagi bersama suami, Farhan Norzaini.

Menerusi hantaran tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata perpisahan itu berpunca kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon berusia 33 tahun itu telah berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen raya bersama suami dan keluarga.

Bukan itu sahaja, pelakon Penjara Janji itu turut dilihat memakai baju raya sedondon hitam sambil bersalaman bersama suami.

Perkongsian itu sekaligus mengesahkan kemelut rumah tangga antara Zulin dan suami sudah kembali pulih dan aktres itu turut memadam hantaran sebelumnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menasihatinya untuk tidak bertindak secara melulu dengan memuat naik masalah rumah tangga di media sosial.

Malah, ada juga yang berharap Zulin mengambil iktibar dan menjadi lebih matang dalam berhadapan dengan pasang surut berumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 hari lalu

"Berkat Doa Semua, Kita Cuba Lagi.." - Zulin Aziz Dah Berbaik Dengan Suami?

The post Kongsi Gambar Raya Bersama Suami, Netizen Nasihatkan Zulin Aziz – “Lain Kali Gaduh Senyap-Senyap..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments