Sebelum ini, pelakon, Farid Kamil mendakwa dia sudah hamipr sebulan tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya selepas berita mengenai perpisahannya dengan isteri, Diana Danielle tular di media sosial.
Namun, baru-baru ini, Farid memuat naik hantaran video di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Muhammad.
Menerusi video tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu dilihat dapat meluangkan masa bersama anaknya di sekitar Masjid Negara.
Bukan itu sahaja, Farid turut memuji anaknya kerana berpuasa dan menunjukkan detik semasa anaknya sedang menunaikan solat di masjid berkenaan.
Malah, Muhamad dilihat melakonkan semula babak dalam filem Anwar: The Untold Story yang dilakonkan oleh bapanya.
Jangan kita biarkan kezaliman dalam bentuk apa sekali pun, jangan biarkan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin Muhammad, reformasi!
Terdahulu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Farid Kamil.
Dalam pada itu, pelakon Imaginur itu turut mendedahkan anak perempuannya, Nur Aurora mengalami trauma untuk berjumpa dengan bapanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak, Siap Bawak Pergi Masjid – “Jangan Kita Biarkan Kezaliman..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments