#Hiburan: “Not Interested..” – Dikecam Teruk ‘Sound’ Penyampai Berita Masa ‘Live’, Ini Respon Hattan

Semalam, tular di media sosial mengenai video temu bual penyanyi legend, Datuk Hattan bersama seorang penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham.

Menerusi video tersebut, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah diminta untuk mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

Advertisement

Namun, apa yang mengundang rasa kurang senang orang ramai adalah apabila penyanyi berusia 58 tahun itu tiba-tiba menempelak penyampai berita ketika temu bual itu disiarkan secara siaran langsung di Astro Awani.

Awak tahu ke tak tahu dia punya sejarah ni? You buat kerja ke tak buat kerja ni? Apa la you ni, you tak buat homework ke?

Susulan itu, rata-rata netizen telah mengecam tindakan Hattan yang dianggap tidak profesional dan merosakkan usaha Astro Awani untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham Mael.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meminta penyanyi lagu Memburu Rindu itu untuk tidak bersikap menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut meluahkan rasa simpati terhadap Nur Syazwani kerana telah dimalukan secara ‘live’.

Ketika dihungungi oleh pihak Mstar, Hattan memaklumkan dia tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.

Not interested.

Manakala, Syazwani enggan mengulas lanjut dan berharap orang ramai memahami situasinya sekarang.

Saya minta maaf, saya tak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, harap memahami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hattan sound wartawan
21 jam lalu

"Berbudi Bahasa Sikitlah, Kurang Ajar Betul!" - 'Sound' Wartawan Secara 'Live' Sampai Terkedu, Hattan Dilabel 'Acah Bagus'

The post “Not Interested..” – Dikecam Teruk ‘Sound’ Penyampai Berita Masa ‘Live’, Ini Respon Hattan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments