Mengenang kembali anak sulung sudah hidup berdikari dan berjauhan dengan keluarga selama setahun, Rita Rudaini sememangnya rasa sebak tetap berasa syukur.
Menurut Rita, anak sulung yang bernama Rayyan itu merupakan saksi yang melihat suka duka dialami dalam kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.
Namun begitu, pelakon tersebut tetap berasa syukur kerana Rayyan membesar menjadi seorang anak yang sangat baik serta sempurna buatnya.
View this post on Instagram
Rita meluahkan hal tersebut di laman Instagramnya dan dalam kapsyen yang ditulis, pelakon itu berkata sakit meninggalkan anak tidak sesakit seperti dirinya ditinggalkan serta dikhianati dahulu.
Kita tak pernah berenggang. Ke mana saja mummy pergi akan bawa Rayyan. Mummy berkorban dengan Rayyan kerana mummy percaya ada yang terbaik menanti Rayyan.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum itu sempat berkata dia sudah biasa berkorban untuk kebahagiaan orang lain demi pertahankan anak-anaknya.
Sekadar info, Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun memilih untuk bercerai pada September 2013.
The post “Sakitnya Tak Sesakit Dikhianat & Ditinggal Dulu” – Kenang Berpisah Setahun Lalu, Rita Rudaini Lega Rayyan Jadi Anak Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments