#Hiburan: “I Dapat Kebebasan Buat Apa I Suka” – Leona Akui Ibu Bapa Tak Tegas

Seperti yang ramai tahu, pempengaruh media sosial dan anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian orang ramai.

Walaupun namanya sering terpalit kontroversi, Leona berkata dia tidak mengambil kisah tentang kecaman yang diperkatakan orang ramai.

Advertisement

Menurutnya lagi, dia berasa hairan kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan namun masih dikecam dan menjadi tumpuan pihak media.

I pelik sebab I buat apa pun mesti ada artike dan publisiti. Tak buat salah pun kena kecam juga, pelik.

Bagaimanapun, Leona memaklumkan kecaman yang diterimanya tidak menjejaskan kehidupan dia dan keluarga.

I rasa I relax, ibu I lagi relax and then keluarga I pun relax.

Dalam pada itu, influencer berusia 21 tahun itu mengakui ibu bapanya juga memberikan kebebasan untuk melakukan apa yang dia mahukan.

My parents tak strict, dekat sini pun I diberi kebebasan untuk buat apa I suka, so dekat sana (UK) I tak culture shock dengan freedom tu.

Bukan itu sahaja, Leona turut memaklumkan kehidupannya melanjutkan pelajaran di luar negara mengajarnya untuk berdikari.

Dekat sana I lagi relax sebab orang tak kenal I. Dekat sini, orang akan kenal I.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Masalah Sendiri Pun Tak Settle Lagi" - Netizen Minta Aliff Syukri Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang

The post “I Dapat Kebebasan Buat Apa I Suka” – Leona Akui Ibu Bapa Tak Tegas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments