#Hiburan: “Kesian Baby, Jangan Meroyan Sudah” – Netizen Tumpang Simpati, Nasihat Shuhada Fokus Diri Sendiri & ‘Off’ Media Sosial

Semalam, media hiburan melaporkan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga.

Dalam hantaran tersebut, Shuhada memaklumkan kandungannya kini berusia 10 minggu dan berasa bimbang akan kesihatan dan keadaan bayi di dalam kandungan.

Advertisement

Shuhada hafidz roshdi hamil anak ke3
12 jam lalu

"Saya Dah Cuba Kuat.." - Isteri Hafidz Roshdi Umum Hamil Anak Ketiga, Akui Bimbang Tekanan Melampau Beri Kesan Pada Bayi

Difahamkan, dia juga sebelum ini ada mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan tekanan namun terpaksa berhenti mengambilnya kerana usia kandungan yang masih awal.

Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat.

Menjengah ke media sosial, netizen rata-rata meninggalkan komen berbaur simpati dan kasihan kepada Shuhada kerana terlalu banyak dugaan yang menimpanya setelah tragedi konflik rumah tangga dengan suami, Hafidz Roshdi.

Rata-rata tampil menasihatkan agar Shuhada berjauhan daripada media sosial buat sementara waktu dan kembali ke pangkuan ibu bapa bersama dengan anak-anak di kampung bagi menenangkan diri.

Shu kena kuat jangan emosi sangat atau sedih sepanjang hamil. Makan kena jaga, relax di kampung tu hirup udara segar. Tutup media sosial. Tak payah la pikir sangat nak cari duit. Fikir duit pun stress.

Dalam pada itu, ramai juga yang membincangkan mengenai proses perceraian sama ada tetap berlaku talak ataupun sebaliknya terhadap pasangan itu.

 

The post “Kesian Baby, Jangan Meroyan Sudah” – Netizen Tumpang Simpati, Nasihat Shuhada Fokus Diri Sendiri & ‘Off’ Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments