#Hiburan: “Boleh Jumpa Dekat Tangga Semula” – Kembali Dengan Semangat Baru, Netizen Tinggalkan ‘Pesanan’ Untuk Mira

Selepas tular isu influencer, View Chin didakwa berlaku curang dengan staf sendiri iaitu Mira, nama mereka berdua-dua menjadi trending dan sasaran netizen untuk mengecam.

Lama mendiamkan diri, beberapa hari lalu Mira atau nama sebenar Amirah Firdaus ada membuat status di Instagram Story memohon maaf atas tindakannya dan mendakwa hubungan dengan View Chin mula berputik selepas lelaki tersebut berpisah dengan isteri, Shermine.

Advertisement

Kontroversi tersebut sememangnya hangat diperkata ramai untuk beberapa hari, hinggakan wanita itu terpaksa menyembunyikan diri dan enggan pulang ke kampung.

Terbaharu, Mira telah berkongsikan satu foto di laman Instagram memaparkan dirinya cantik berbaju biru dan seluar menarik, seolah-olah mahu move on daripada isu curang terbabit serta kembali bekerja.

Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan ‘pesanan’ serta komen perli buat wanita tersebut biarpun dirinya tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi yang sudah berlaku.

komen netizen

komen netizen

Sekadar info, isu curang View Chin dan Mira didedahkan sendiri oleh Shermine melalui laman Facebook dan mereka didakwa telah melakukan perbuatan ‘jijik’ untuk beberapa tahun serta sering check-in untuk tidur bersama biarpun ketika itu si isteri sedang dalam pantang.

mira view chin
3 hari lalu

"Hubungan Saya Bermula Lepas View Chin Bercerai, Saya Tiada Kena Mengena.." - Mira Bersuara Isu 'Tangga'

The post “Boleh Jumpa Dekat Tangga Semula” – Kembali Dengan Semangat Baru, Netizen Tinggalkan ‘Pesanan’ Untuk Mira first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments