Seorang wanita bergelar isteri tampil meluahkan rasa kecewa dan stress gara-gara sikap suami yang mementingkan diri sendiri tiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri.
Difahamkan, wanita itu kecewa kerana dia sudah hampir 14 tahun tidak dapat balik beraya di kampung sendiri kerana akur dengan perintah suami untuk balik beraya di kediaman mentua.
Malah, dia turut diugut jatuh talak jika mengingkari arahan suaminya untuk tidak pulang ke kampungnya yang berlokasi di Kedah.
Ustazah, dah 14 tahun kahwin, tak pernah raya pertama dengan family saya. Padahal family saya di KL je, kami dok ampang.
Pasal balik raya je pun. Suami saya kata kalau saya berkeras nak balik rumah mak saya, raya pertama jatuh talak.
Ibu mentua wanita itu juga dikatakan sering meletakkan tekanan pulang beraya itu di bahu suaminya sehinggakan dia dianggap anak derhaka jika tidak beraya di Kedah.
Cam jubake ya suami yang macam ni. Tak ada toleransi langsung. 14 tahun bai. Semoga dipeluk tangga. pic.twitter.com/tWD5YiAAlT
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) April 16, 2023
Saya teringin sangat nak beraya dengan family saya. Mak mentua saya kata, kalau anak-anak dia raya pertama tak balik kampung, mereka dikira sebagai anak derhaka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan nasihat kepada wanita itu bagi menghadapi kemelut yang dihadapinya itu.
“Pada saya biarlah jatuh talak pun, suami boleh diganti, mak hanya seorang yang tiada gantinya.” komen seorang netizen.
Apa pendapat anda? kongsikan kepada kami.
The post 14 Tahun Tak Pernah Balik Beraya Kampung Sendiri, Isteri Tertekan Diugut Talak Oleh Suami Tiap Kali Aidilfitri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments