#Hiburan: “Asli Dalam Kecantikan..” – Qasrina Dikutuk Dahi Jendul, Mierul Aiman Datang ‘Back Up’ Ke Tu?

Pelakon baru berbakat, Qasrina Karim baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di media sosial apabila dia meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah orang yang mengutuk fizikal dirinya.

Qasrina dilihat telah dikritik oleh seorang individu kerana dahinya yang agak luas.

Advertisement
QasrinaSumber : Twitter  

Tampil memberikan respon, Qasrina menulis jawapan ‘saya juga manusia’ seolah-olah memberikan bayangan dia sedang kecewa kerana dibuli secara siber.

Sementelah itu, pelakon lelaki yang digosipkan bercinta dengan Qasrina iaitu Amierul Aiman ada memuat naik ciapan di Twitter miliknya seolah-olah sedang memberikan semangat buat aktres itu.

Kamu mempunyai keaslian dalam kecantikan. Jalan terus.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut merasakan bahawa ciapan itu sememangnya ditujukan khas buat Qasrina.

Ada yang mendoakan agar Qasrina dan Amierul benar-benar bersama sebagai pasangan kekasih kerana dilihat secocok dan sesuai.

Beraya rumah datuk yusof haslam
8 jam lalu

"Saya Akan Beraya Dengan Mentua, Di Rumah Datuk Yusof Haslam" - Puteri Sarah Liyana

The post “Asli Dalam Kecantikan..” – Qasrina Dikutuk Dahi Jendul, Mierul Aiman Datang ‘Back Up’ Ke Tu? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments