Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kini sering mendapat perhatian orang ramai selepas kontroversi rumah tangganya menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaru, Shuhada memuat naik sebuah hantaran gambar di laman Instagram miliknya memaparkan dirinya mengenakan persalinan serba putih.
Menerusi ruangan kapsyen, ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan dirinya kelihatan seperti bidadari syurga.
Bidadari syurga awak.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah komen yang ditinggalkan oleh Shuhada kepada seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Da’i Syafiqah.
Meninjau di ruangan komen, usahawan Satu Tak Cukup itu dilihat berseloroh meminta Syafiqah untuk mencarikan dia seorang pendakwah yang mengutamakan tuhan untuk dijadikan jodoh.
Awak, carikan da’i-da’i yang utamakan Allah untuk kita.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz Roshdi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudahpun memasuki 10 bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Carikan Da’i, Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya” – Shuhada Cari Jodoh? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments