Pelakon Zulin Aziz memaklumkan dia ingin masa bersendirian bagi menghadam segala apa yang terjadi pada dirinya pada ketika ini.
Kata Zulin, dia juga tidak ingin membuka pekung mengenai punca perpisahannya bersama suami, Farhan Norzaini kepada umum.
Menurutnya, segala kemelut rumah tangga lebih baik disimpan sahaja dan cukup dia dan Farhan yang mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dalam perkahwinan mereka.
Perkara tersebut diluahkan Zulin menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.
Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.
Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya.
Dia dalam pada itu menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia membuat gimik murahan seperti itu hanya kerana ingin mempromosikan produk jualannya.
Hal macam ini orang gila saja buat gurauan. Mental saya dah cukup koyak, jangan ditambah lagi.
Terdahulu, Zulin ada memuat naik foto perkahwinannya bersama Farhan namun kapsyen hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan perkahwinan mereka sudah pun berakhir.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022 yang lalu.
The post Kisah Cerai Bukan Gimik, Zulin Aziz Enggan Buka Aib – “Mental Dah Cukup Koyak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments