#Hiburan: (VIDEO) “Singkatnya Tudung Sekarang” – Terkinja-Kinja Menari Bersama Suami, Penampilan Hana Ismail Dikecam

Pasangan selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail sering menjadi perhatian orang ramai apabila sering berkongsi kemanisan rumah tangga mereka di media sosial.

Baru-baru ini, Syed telah berkongsi beberapa keping foto dan video memaparkan momen-momen sambutan Aidilfitri bersama isterinya.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Hana dilihat bersalaman dengan suaminya untuk memohon kemafaan.

Dalam hantaran berbeza, pasangan selebriti itu turut dilihat menari mengikut lagu bollywood berjudul Yeh Ladka Hai Allah sambil memakai persalinan baju raya lengkap.

Namun, lain pula yang menjadi tumpuan orang ramai apabila ramai yang menegur penampilan Hana kerana menggayakan tudung yang tidak menutup aurat di bahagian dada.

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang menegur aksi isteri kepada Da’i Syed itu yang menari dengan tudung singkat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang memuji pasangan selebriti itu kerana sentiasa kelihatan bahagia bersama selain turut terhibur melihat aksi merek menari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Tup-Tup Keluar Buku" - Dai Syed & Hana Ismail Bakal Terbitkan Novel '7 Hari Istikarahku'

The post (VIDEO) “Singkatnya Tudung Sekarang” – Terkinja-Kinja Menari Bersama Suami, Penampilan Hana Ismail Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments