#Hiburan: “Rasa Lama Tak Balik Office” – View Chin Sengaja Tunjuk Video Kawasan ‘Tangga’ Pejabat?

Beberapa hari lepas, tular megenai kontroversi hubungan terlarang antara seorang influencer TikTok, View Chin dan pekerjanya, Amirah Aqilah.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Shermine Hau-Ah Moi yang memuat naik beberapa bukti perbualan mesra mereka di aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, View dan Mira dilihat saling bertukar mesej selain turut merancang untuk berjumpa di tangga pejabat untuk berpelukan.

Susulan itu, kecoh mengenai isu tangga tersebut dan menjadi perbualan hangat orang ramai di media sosial sehingga perkataan ‘tangga’ menjadi trend.

Baru-baru ini, View dilihat kembali ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa urusan perniagaan yang banyak terjejas akibat isu tular itu.

Rasa lama tak balik office.

Bukan itu sahaja, TikToker itu turut sempat berkongsi video di kawasan tangga pejabat berkenaan sambil menggunakan tanda pagar #tangga.

Terdahulu, Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan cinta bersama majikannya itu selepas View bercerai dengan isterinya.

Malah, dia turut memohon maaf kepada Shermine dan anak-anak atas perbuatan yang dilakukannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mira view chin
22 jam lalu

"Hubungan Saya Bermula Lepas View Chin Bercerai, Saya Tiada Kena Mengena.." - Mira Bersuara Isu 'Tangga'

The post “Rasa Lama Tak Balik Office” – View Chin Sengaja Tunjuk Video Kawasan ‘Tangga’ Pejabat? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments