Aktres tinggi lampai, Zahirah Macwilson cukup beruntung apabila dijemput ke acara pembukaan kedai aksesori, Tiffany & Co di New York.
Dia yang tiba di bandar itu beberapa hari lepas dilihat sering memuat naik video di Instagram story tentang acara dihadirinya bersama barisan artis antarabangsa lain.
Menerusi hantaran terbaru, Zahirah berkongsi rasa teruja apabila dapat berjumpa dan bertentang mata dengan ramai selebriti Hollywood yang diminati ramai.
Namun, foto berdua isteri Aiman Hakim Ridza itu bersama pelakon berasal dari Israel, Gal Gadot mengundang rasa kurang senang sesetengah peminatnya.
Menerusi ruangan komen, mereka ini menulis luahan kekecewaan selain ada yang mengkritik Zahirah kerana bergambar dengan aktres filem Wonder Woman berkenaan.
Malah, ada yang mempersoalkan jika Zahirah sedar bahawa Gal Gadot pernah menyertai pasukan tentera Israel yang telah melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Kenapa bergambar dengan zionis, sis? Ya Allah.”
Dalam pada itu, ramai pengikutnya di Instagram memuji kecantikan Zahirah malah ramai yang akui dia dan Gal Gadot nampak seiras persis kembar.
The post “Artis Yahudi Pun Minat Ke? Kenapa Ambil Gambar Dengan Zi*nis?” – Zahirah Macwilson Dikritik Bergambar Dengan Gal Gadot first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments