#Hiburan: “Rindu, Tidur Pun Tak Lena” – Ameena Beraya Dengan Fizi Ali, Shakila Khoriri Luah Perasaan Di IG

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Ameena Sofia yang tahun ini dijadualkan beraya bersama bekas suami, Fizi Ali.

Perkara tersebut dicoretkan Shakilla menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Advertisement

Dalam video itu, Shakilla dilihat berjumpa dengan bekas suaminya itu ketika pulang berhari raya selama lima hari.

Baru faham rasa lima hari macam lima tahun tak jumpa. Serius, memang benar dan wujud perasaan itu.

Shakilla khoririSumber : Instagram  

Masya Allah rindunya dengan anak bertuah ni tak ada bandingan. Rasa rindu yang macam tidur malam pun tak lena. Dahsyat cinta Allah hadiahkan kali ini.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana hubungan baik bersama bekas suami dapat dikekalkan demi kebahagiaan anak mereka.

Tak ada yang buat saya gembira selain melihat Ameena gembira dan ramai orang ikhlas sayangkan dia.

Sekadar info, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Shuhada isteri hafidz roshdi mohon penaja nak sambung belajar
23 jam lalu

"Tak Mampu, Belajar Dalam Negara Je" - Shuhada Luah Hasrat Nak Belajar Di Luar Negara, Tapi Dikecam Netizen Pula?

The post “Rindu, Tidur Pun Tak Lena” – Ameena Beraya Dengan Fizi Ali, Shakila Khoriri Luah Perasaan Di IG first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments