Baru-baru ini, pengarah Syafiq Yusof memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama abang, Syamsul Yusof dan kakak ipar, Ira Kazar.
Menurutnya, hubungannya bersama Syamsul sehingga kini masih dalam keadaan baik.
Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.
View this post on Instagram
Luah Syafiq lagi, dia amat berharap agar keluarganya kembali pulih seperti dahulu kala serta mempercayai tiada manusia yang boleh lari dari membuat kesilapan.
Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama adik kepada Syamsul itu memberitahu dirinya belum bersedia untuk pertemukan Ira Kazar dengan ahli keluarga lain.
Syafiq turut berkata dia sering memberi nasihat dan kata-kata semangat buat Syamsul untuk kuat hadapi ujian ini secara bersendirian.
The post Syafiq Yusof Tekad Beraya Dengan Kakak Ipar, Tapi Belum Sedia Temukan Ira Kazar Dengan Keluarga Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments