Sebelum ini, pelakon, Alya Iman mengejutkan orang ramai selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil berkata dia tidak mahu terus menipu orang ramai dan menjadi hipokrit di media sosial.
Tampil membidas kenyataan tersebut, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (UAD) sebaliknya berkata manusia yang membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit.
Kenapa bila pergi kubur atau mahkamah syariah kalian boleh menutup aurat?
Menerusi hantaran di laman Instagram, UAD mempersoalkan mengapa terdapat tempat dan masa tertentu seorang wanita boleh mengikut syarat bertudung.
Kenapa saat kalian menjadi mayat, kalian ditutup aurat untuk menghadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru nak sebut tak nak digelar manusia hipokrit?
Walaupun pendakwah bebas itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, ramai yang dapat meneka teguran itu disampaikan kepada Alya.
Bukan itu sahaja, UAD turut menegur pelakon berusia 22 tahun itu kerana perbuatannya seolah-olah melupakan arwah ayahnya, Ustaz Azmil Mustapha.
Tak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah yang soleh itu sampai sanggup melakukan dosa besar ini?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah?” – Tak Nak Jadi Hipokrit, Ustaz Ahmad Dusuki Bidas Alya Iman? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments