#Hiburan: (VIDEO) Isteri Bagi Syarat Nak Berbaik, View Chin Langsung Tak Endah – “Saya Minta Dia Pecat Orang Tu Tapi..”

Isteri kepada TikTokers terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi mendedahkan dia ada berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka dengan meletakkan syarat.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Shermine meminta suaminya untuk memecat pekerja wanita dikenali sebagai Amirah Aqilah yang menjadi punca kemelut rumah tangga mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, View Chin enggan melakukan perkara tersebut dan mengendahkan syarat yang diberi isterinya.

Dia ada hubungi saya dan kata nak jumpa anak-anak. Saya minta dia jaga kami baik-baik dan pecat orang itu. Jadi, dia kena buatlah. Saya dah bagi syarat tapi dia masih tak layan.

Dalam pada itu, Shermine memaklumkan dia hanya mahu menegakkan keadilan untuk anak-anak dan tidak akan berdiam diri kerana yakin dia berada di pihak yang benar.

Anak-anak saya sekarang okay je, diorang tak tahu apa-apa lagi.

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata bukan mudah untuk dia melalui situasi sekarang memandangkan dia dan suami sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga.

8 tahun punya hubungan, itu pun bukan senang. Tapi, saya bukan cakap masih sayang, saya cuma nak ambil balik apa yang saya miliki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

View chin 2 hari tak tidur
3 jam lalu

"Saya Cari Ahmoi, Tapi Gagal" - Tak Tidur Dua Malam Rindu Dekat Anak-Anak, View Chin Mengaku Trauma Dikecam

The post (VIDEO) Isteri Bagi Syarat Nak Berbaik, View Chin Langsung Tak Endah – “Saya Minta Dia Pecat Orang Tu Tapi..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments