#Hiburan: “Jangan Hina Kami!” – Mengamuk Yana Samsudin Pecahkan Pasu RM400K, Suami ‘Tolong’ Belasahkan Aliff Syukri

Semalam, tular satu vide klip pendek di laman media sosial memaparkan pergaduhan di antara usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan suami pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Fariz.

Di dalam video tersebut, kelihatan keadaan menjadi kecoh sambil Yana cuba menenangkan suaminya yang cuba untuk memijak serta memukul usahawan itu.

Advertisement

Aliff juga tidak kurangnya kerana dia kelihatan amat marah hingga meninggikan suara kepada pasangan tersebut dan difahamkan, ia semua berpunca daripada pelakon itu terpecahkan pasu dalam rumahnya bernilai RM400,000, namun didakwa Yana enggan membayar balik.

Melalui laporan Harian Metro, pihak mereka telah menghubungi penerbit program raya terbitan swasta iaitu Alif Farhan, dia memberitahu kejadian berlaku di rumah Aliff.

Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff.

Menurut Aliff, proses penggambaran masih dalam proses dan ketika ini tergantung susulan pembalahan yang berlaku di antara dua pihak tersebut.

aliff syukri mv raya 2023
3 hari lalu

"Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah" - Sut Melekap Dikritik, Aliff Syukri Sengaja Nak Tayang Badan Sasa

The post “Jangan Hina Kami!” – Mengamuk Yana Samsudin Pecahkan Pasu RM400K, Suami ‘Tolong’ Belasahkan Aliff Syukri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments