Dalam kehidupan seharian, mesti kita pernah dengar tentang pantang-larang kan? Tak boleh buat sesuatu, risaukan terjadi yang apa-apa. Kalau tak dari ibu bapa, kita akan diberitahu mengenai pantang-larang ini oleh orang yang lebih tua macam pakcik, makcik, sepupu, datuk, nenek dan sebagainya.
Tapi betul ke pantang-larang ni sebenarnya? Jom uji pengetahuan korang mengenai pantang-larang dengan menjawab kuiz ini:
Pantang menyanyi di dapur
Sebenarnya ada sebab kenapa orang dulu-dulu melarang kita menyanyi di dapur, bukan nanti akan menyebabkan dapat jodoh yang lebih berusia.
Pantang duduk di tangga
Satu lagi pantang-larang berkait jodoh, sebetulnya untuk elak kita mengganggu laluan di tangga sahaja.
Pantang duduk atas bantal
Antara pantang larang paling terkenal yang dipesan sejak turun-temurun. Padahal untuk memberi pesanan elak kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Pantang baring angkat kaki
Ini juga antara ketakutan anak-anak ketika kecil, risau mak ayah meninggal, walhal untuk menjaga kesopanan dan elak lenguh sahaja.
Orang Melayu mempunyai adab yang tinggi dalam menegur. Teguran tidak dibuat secara terus tapi berkias untuk menyampaikan maksud mereka. Seperti juga dengan pantang-larang yang diajar kepada kita secara turun-temurun.
Sama juga dengan video daripada Coway ini yang mengajak kita berfikir mengenai erti sebenar Lebaran. Adakah sekadar hari untuk bersuka ria sambil menikmati kuih raya, balik kampung, jumpa saudara-mara sahaja?
Menggunakan tagline ‘Change Your Life’, Coway berharap video sebegini sedikit sebanyak memberi impak kepada penonton untuk membawa perubahan dalam hidup mereka. Kalau tahun 2022 mereka ketengahkan cerita dongeng yang diberi nafas baru, tahun ini juga mereka tidak ketinggalan menyampaikan mesej dengan kelainan tersendiri.
Menangi RM2,500 angpau raya
Hanya dengan beberapa langkah seperti di bawah, hadiah lumayan mungkin menjadi milik korang. Ikut langkah-langkah ini:
1.Tonton video Raya Coway dengan penampilan Mira Filzah. Lakonkan semula babak Mira Filzah menyebut ‘Dengan Coway, Raya pasti okey!’ Nak tiru atau boleh juga ubah mengikut kreativiti sendiri.
2.Muat naik video kreatif korang ke TikTok dan tag @officialcowaymalaysia dan hashtag #RayaPastiOkeyChallenge #TalkLikeMira.
3.Berpeluang menang sehingga RM2,500 angpau raya.
4.Peraduan berlangsung dari 11 April hingga 11 Mei 2023.
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook, Instagram dan TikTok Coway. Tertakluk terma dan syarat. Nak tahu rangkaian produk Coway yang lain, boleh ke website Coway. Di kesempatan ini juga, Coway mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
The post (KUIZ) Rahsia Pantang Larang Melayu, Hanya Yang Pro Je Betul Semua. Cubalah! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments