#Hiburan: “Tengok Jari Pun Dah Tahu” – Ramai Teka Wanita Berpaut Pada Lengan Dini Schatzmann Sebenarnya Janna Nick, Dah Berbaik Ke?

Status hubungannya bersama pelakon jelita masih menjadi tanda tanya peminat namun foto dikongsi aktor Dini Schatzmann meraih perhatian ramai.

Menerusi gambar dikongsi di Instagram, aktor berusia 29 tahun itu memakai baju Melayu namun ia telah disunting (crop) dan boleh dilihat wanita di sebelah berpaut pada lengannya.

Advertisement

Foto tersebut membuat peminat teruja dan membuat tekaan bahawa wanita tersebut merupakan Janna Nick kerana aktres tersebut dilihat menggayakan pakaian yang sama.

Mana tidaknya, Janna juga ada memuat naik foto sedang beraya dan mengenakan persalinan berwarna ungu dan merah jambu yang sama seperti di dalam foto Dini.

Ramai peminat teruja dengan perkara itu dan mendoakan agar pasangan tersebut kembali bahagia bersama namun kedua-dua masih mendiamkan diri sehingga kini tentang status hubungan mereka.

Sebelum ini, Dini ada memaklumkan kepada media dia bakal berkongsi berita gembira tidak lama lagi dan ia dipercayai tentang hubungannya dengan Janna.

Janna nick dini
2 bulan lalu

"Harap Betul Lah.." - Netizen Syak Dini Schatzmann Dah Kahwin Dengan Janna Nick, Ramai Tak Sabar Tunggu 'Pengumuman'

The post “Tengok Jari Pun Dah Tahu” – Ramai Teka Wanita Berpaut Pada Lengan Dini Schatzmann Sebenarnya Janna Nick, Dah Berbaik Ke? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments