Setelah sekian lama konflik rumah tangga berlarutan, akhirnya pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mencapai kata sepakat untuk berpisah pada 18 April 2023.
Menurut Puteri Sarah atau mesra dipanggil sebagai Sarah, persetujuan tersebut dicapai dalam keadaan yang tenang ketika mereka setuju untuk berjumpa dan berbuka puasa pada Ahad, semalam.
Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon tersebut turut tidak menyangka hatinya terbuka untuk bertemu dengan suami serta menyifatkan keberkatan bulan Ramadan membuat hati terbuka untuk selesaikan masalah ini secara baik.
Tambahannya lagi, kedua-dua belah pihak menerima segala keputusan dengan hati terbuka dan tiada permusuhan di antara mereka lagi.
Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata itu Syaikhul Islam serta Sumaiyyah.
The post Keputusan Cerai Capai Dalam Keadaan Tenang, Puteri Sarah & Syamsul Yusof Sempat Berbuka Puasa Bersama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments