#Hiburan: Buat ‘Content’ Bertelekung Pakai Coli & ‘Susukan’ Anak, Iqbal Dikecam Persenda Agama & Wanita – “Buruknya Perangai”

Usahawan Iqbal Zulkefli sebelum ini mendedahkan kepada umum bahawa dia mengambil seorang anak angkat lelaki dan diberi nama Ahmad Ziyad.

Dia turut menjelaskan keputusan itu bukanlah hanya untuk content semata-mata dan mengakui sudah berfikir dengan mendalam untuk menjadi seorang bapa.

Advertisement

iqbal zulkefli
9 bulan lalu

“Ni Baby Tua..”- Foto Iqbal Zulkefli Pakai Puting Di Sebelah Anak Angkat Terima Pelbagai Komen Daripada Netizen

Namun, perkongsian terbarunya di Instagram di mana dia dilihat memakai telekung berwarna merah dan berlakon menjadi seperti seorang ibu mengundang kecaman ramai.

Menerusi video itu, Iqbal juga turut memakai coli dan memaksa muka Ziyad ke arah dadanya seperti posisi memberikan susu kepada bayi.

Difahamkan, Iqbal sudah pun memadam video itu di Instagram selepas mendapat banyak kecaman daripada pengikutnya dan orang lain yang menonton rakaman tersebut.

Rata-ratanya menyelar Iqbal dan mengatakan dia mempersendakan agama selain turut tidak sensitif dengan isu penyusuan membabitkan wanita.

The post Buat ‘Content’ Bertelekung Pakai Coli & ‘Susukan’ Anak, Iqbal Dikecam Persenda Agama & Wanita – “Buruknya Perangai” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments