#Hiburan: “Bini Dah Cukup Elok, Apa Lagi Awak Nak!” – Kes ‘Sondol’ Berleluasa, Ini Pesanan ‘Pedas’ Isteri Untuk Nabil Ahmad

Sejak kebelakangan ini, isu ‘penyondol’ semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan selebriti turut tidak terkecuali daripada masalah yang berlaku ini hingga berlakunya kes cerai-berai.

Memberi pandangan berkenaan kes wanita lain ganggu rumah tangga, isteri kepada pelawak, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub berkata sedikit sebanyak masalah ini memberi kesan kepada mereka sebagai pasangan suami isteri.

Advertisement

Nazirah atau mesra dikenali sebagai Zira turut berkata dia dan suami mengambil pengajaran atas kes-kes yang telah berlaku serta lebih berhati-hati apabila bercakap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Dalam pada itu, isteri penyampai radio tersebut memberitahu mereka selalu melakukan rutin seperti berkongsi lokasi dan aktiviti harian sewaktu berada di luar rumah untuk bekerja.

Kalau nak curang dia rugilah, saya okay saja. Bini awak dah cukup elok dengan tiga orang anak perempuan, apa lagi awak nak.

Sekadar info, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, 11, Leyla Medyna, 9 serta Mishall Imani, 4.

Nabil ahmad
1 bulan lalu

"Jangan Nak Perlekeh.." - Nabil Ahmad Anggap Tanda 'Allah Yang Satu' Bukan Bahan Ejekan, Tak Patut Dipermainkan

The post “Bini Dah Cukup Elok, Apa Lagi Awak Nak!” – Kes ‘Sondol’ Berleluasa, Ini Pesanan ‘Pedas’ Isteri Untuk Nabil Ahmad first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments