Pelakon Puteri Sarah Liyana ketika dijumpai selepas prosiding di mahkamah hari ini meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dipermudahkan.
Tambahnya, perkara itu juga akan membuatkan sambutan Aidilfitri untuknya menjadi lebih gembira dan tenang pada tahun ini.
Dalam pada itu, Sarah juga akui akan berkawan baik dengan Syamsul Yusof terutamanya dalam hal yang membabitkan kedua-dua anak mereka selepas ini.
Apa yang penting, saya tidak mahu berdendam, itu sahaja. Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya. Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak.
Meskipun rumah tangga yang dibina tidak kekal dan terpaksa melalui pelbagai ujian selama empat tahun, Sarah berkata dia tidak akan bergaduh dan bermusuh dengan Syamsul.
Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak.”
Terdahulu, mahkamah telah menetapkan tarikh 18 April untuk prosiding lafaz talak Syamsul Yusof terhadap Puteri Sarah selepas mereka mencapai kata sepakat untuk membubarkan perkahwinan dengan cara aman.
The post “Saya Tak Berdendam Atau Bermusuh Dengan Syamsul. Apa Yang Penting…” – Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments