#Hiburan: “Saya Sedang Usaha Selamatkan Keluarga & Isteri” – Prosiding Farid & Diana Berjalan Lancar, Ada Sinar Pendamaian?

Sebutan permohonan hadanah membabitkan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle baru sahaj selesai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pagi ini.

Prosiding pendengaran itu berkaitan dengan hak penjagaan ke atas dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Advertisement

Farid kelihatan positif sebaik sahaja keluar dari bilik prosiding dan memaklumkan proses tersebut berjalan dengan baik dan berharap mereka berdua mencapai pendamaian.

Dia turut akui kini sedang berusaha untuk menyelamatkan anak-anak dan isterinya serta mahu kehidupan mereka sekeluarga kembali seperti sedia kala.

Saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga, isteri dan tengah dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencapai pendamaian….

Pendamaian yang saya maksudkan itu, adalah kembali bersama dengan isteri saya dan memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup secara normal seperti sedia kala.”

Dalam pada itu, Diana juga berkata ia berjalan dengan baik dan semoga mereka berdua dapat mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

11 jam lalu

Dakwa Farid Kurung Anak Dalam Bilik 'Tak Sesuai', Kenyataan Diana Dipersoal Netizen - "Ada Apa Dalam Tu?"

The post “Saya Sedang Usaha Selamatkan Keluarga & Isteri” – Prosiding Farid & Diana Berjalan Lancar, Ada Sinar Pendamaian? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments