Pelakon, Alya Iman mengakui dia memakai tudung sebelum ini kerana Allahyarham bapanya, Azmil Mustapha telah menyuruh dirinya untuk menutup aurat sejak kecil.
Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil berkata dia sememangnya tidak bertudung apabila bersama keluarga namun tidak mendedahkan perkara itu di dalam media sosial.
Jelas pelakon berusia 22 tahun itu, dia berbuat demikain kerana ingin menghormati nama arwah bapanya.
Tapi kali ni, saya tak boleh terus jadi hipokrit dan hanya nak fikir pasal diri sendiri.
Dalam pada itu, Alya mengakui dia terpaksa akur dengan permintaan bapanya untuk memakai tudung sejak dari usia muda.
Masa babah ada, dia selalu tegur saya untuk pakai tudung. Saya tahu dia akan sedih.
Bagaimanapun, pelakon drama Ku Punya Hati itu berkata dia tahu arwah bapanya tidak gembira dengan keputusan yang dilakukannya itu.
Tapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan.
Terdahulu, Alya telah mengejutkan orang ramai selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Menerusi hantaran di laman Instagram, anak kepada pelakon, Azmil Mustapha itu berkongsi penampilan terbaharunya pada 1 Syawal lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Disuruh Tutup Aurat Sejak Kecil, Alya Iman Mengaku Pakai Tudung Sebab Arwah Bapa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments