#Hiburan: Suami Sporting, Risteena Luah Rasa Syukur Kahwini Isa Khan

Risteena, 32 atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mendirikan rumah tangga pada sebulan yang lalu mengakui dirinya amat bahagia bersama suami tercinta, Isa Khan pelakon dan juga penyanyi.

Dia berasa bertuah mengahwini Isa Khan kerana suaminya itu seorang yang sangat memahami dan sporting.

Advertisement
risteena dan isa

Risteena bahagia bersama suami tercinta, Isa Khan

Dia turut mengatakan dirinya berasa teruja pertama kali menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri bersama suaminya pada tahun ini katanya ketika temubual bersama Harian Metro.

Tahun ni seronok dan teruja sambut Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri pertama sebagai suami dan isteri. Kami sudah fikir nak warna sedondon, buat rumah terbuka dan pelbagai perancangan difikirkan.

Menurutnya juga, dia berasa bertuah kerana memiliki suami yang bukan jenis meminta untuk sediakan semua perkara dan dia juga berkata suaminya tidak harapkan pun dia untuk menyediakan sarapan pagi kerana Risteena mengakui dirinya bukan lah seseorang yang bangun pagi.

Perkahwinan yang dilangsungkan pada 12 Mac yang lalu, Risteena dan Isa kelihatan amat bahagia.

The post Suami Sporting, Risteena Luah Rasa Syukur Kahwini Isa Khan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments